Siti Nuraisyah Sahrin atau Ecah, pelajar yang putus kedua-dua belah kakinya akibat digilis lori, dibenarkan pulang selepas hampir dua bulan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Alhamdulilah...
Saturday, 5 March 2016
Mak ! Adik mintak ampun , adik tak buat dah .
Klang: Mayat budak lelaki berusia empat tahun ditemui dalam keadaan dibungkus tuala dan hampir seluruh tubuh penuh dengan kesan luka serta lebam dalam tandas rumah di Lorong Halimah Ja'amat, Kampung Sungai Udang, di sini, malam tadi.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai mati akibat didera dan dipukul teman lelaki ibunya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jiran mangsa kira-kira 7.10 malam tadi sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.
Katanya, pemeriksaan di rumah itu menemui mayat budak lelaki itu di dalam tandas rumah yang tidak digunakan lagi.
"Hasil siasatan lanjut terdapat kesan luka di bahagian kepala sebelah kiri mangsa, bengkak di kepala, calar dan lebam pada badan, hidung dan mulut berdarah serta kesan dera yang sudah lama.
"Kita turut menemui tuala putih yang ada kesan darah, seluar kanak-kanak, rotan, paip PVC serta batang mop dipercayai digunakan untuk memukul mangsa," katanya ditemui di lokasi kejadian di sini, malam tadi.
Menurutnya, lelaki berusia 39 tahun dipercayai suspek dan adik iparnya berusia 29 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa adalah anak teman wanitanya yang baru bersalin dan kini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Menurutnya, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu.
"Mangsa dipercayai tinggal bersama suspek sejak tiga minggu lalu.
"Mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk pengecaman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Friday, 26 February 2016
Rosmah Ditahan oleh pihak hospital ! Semakin Kronik penyakit yang dihadapi !
Keputusan Ujian Kecantikan Rosmah Mansur Yang Amat Mengejutkan | Siapa yang tidak mengenali dengan Datin Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Kecantikan rupa parasnya inilah yang membuatkan beliau tersenarai dalam 10 First Lady tercantik di Asia.
Dia layak di PECAT ! Kata Perdana Menteri kepada Ahli Umno .
Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Bernama, penggantungan Muhyiddin berkuat kuasa sehingga pemilihan parti akan datang.
Keputusan itu dikatakan dibuat secara sepakat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat hari ini dan dikatakan berada di luar negara.
Bernama juga melaporkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku tugas Muhyiddin sehingga pemilihan parti akan datang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata keputusan dibuat berdasarkan konsensus tadi diharap dapat membantu parti Melayu itu untuk terus mara.
“Hakikat bahawa keputusan telah dibuat oleh majlis tertinggi dan keputusan dibuat ini bersandarkan (kepada sebab) kita nak melihat ke hadapan (dalam) satu pasukan bagi berhadapan dengan rakyat.
“Dan harapan peribadi saya, dengan keputusan yang dibuat secara konsensus ini dapat membantu kita bergerak ke hadapan tanpa kita mempertikaikan gerakan-gerakan yang saya tengok penting ketika kita berhadapan dengan rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi PWTC.
Muhyiddin sebelum ini digugurkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Langkah itu dilihat sebagai gerak terbaru Najib menguatkan cengkamannya dalam parti setelah Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan beliau daripada sebarang salah laku.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Mahathir, yang juga kritikal kepada pentadbiran Najib seperti bapanya, juga telah berjaya ditukar sebelum ini.
Seorang anggota MT Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini mengumpamakan tindakan Muhyiddin kebelakangan ini “ibarat anjing yang sibuk menggigit kaki” sehingga menyukarkan Umno melaksanakan tanggungjawabnya.
Beliau sebelum ini berkata mahu membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat MT Umno hari ini agar Muhyiddin digantung jawatannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)