Sunday, 29 November 2015

Yus Jambu ~ Kata-Kata terakhir beliau ..

pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.
“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.
Astro Gempak difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.
Teks Oleh: Khalid Rahman
Sumber: Instagram Tauke Jambu

Sunday, 22 November 2015

Anak Malaysia juara debat mengalahkan Israel !


BANGI, Ahad – Pasukan Malaysia muncul juara dalam salah satu pertandingan debat paling kompetitif di dunia iaitu Pertandingan Debat Cambridge Intervarsity (Cambridge IV).
Pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjuarai pertandingan keseluruhan manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menang dalam kategori English as Second Language (ESL), lapor The Star Online.
Pertandingan ini berlangsung di Universiti Cambridge, United Kingdom pada 20 dan 21 November.
UiTM menjadi universiti Malaysia pertama dalam sejarah, memenangi kategori utama apabila mereka menjuarai dalam liga akhir menentang pasukan dari Persatuan Sejarah Dublin, Trinity College dan dua pasukan dari Universiti Toronto, Hart House A & B.
Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron, dan Jasmine Ho, kedua-duanya berumur 22 tahun, berjaya mempertahankan usul ‘Dewan ini percaya komuniti antarabangsa perlu membayar kepada negara-negara yang berdekatan dengan zon konflik untuk memproses, menyelesaikan dan menyekat pergerakan selanjutnya pelarian’ dalam kedudukan mereka sebagai kerajaan.
Sewaktu kategori akhir ESL, pendebatnya Ameera Natasha Moore, 22, dan Sara Rahim, 20, mengalahkan pasukan Tel Aviv dari Israel dan Leiden A dan Leidin B, kedua-duanya dari Belanda.
Mereka membahaskan usul ‘Dewan ini percaya bahawa Arab Saudi perlu menghadkan penglibatan dalam ibadah haji kepada rakyat negara-negara yang komited menentang IS’ sebagai pembangkang.
Bagi semua kategori, usul hanya didedahkan 15 minit sebelum perbahasan dijalankan dan tiada sokongan elektronik dibenarkan selain kamus elektronik. Tiada bantuan luar dibenarkan dalam masa persediaan 15 minit.
Antara 128 pasukan yang terlibat adalah Universiti Harvard, Universiti Oxford, London School of Economics, Universiti Toronto, Universiti Tel Aviv, Universiti Cornell dan Kolej Trinity Dublin.


Saturday, 21 November 2015

Saya POTONG KEM"L*AN kerana dia Curang dan permainkan saya !




BEIJING - Seorang wanita di China memotong alat kelamin suaminya dua kali setelah sang suami terpergok selingkuh dengan wanita lain.

Ikhwal “tragedi” rumah tangga itu bermula ketika, Fan Lung, 32, ayah dua anak menggunakan ponsel istrinya untuk mengirim e-mail ke wanita selingkuhannya, Zhang Hung, 21, untuk bertemu di sebuah rumah, di Sangqiu.

Tapi, pria itu lupa log out (menutup) akun e-mail-nya. Sang istri, Feng, 30, kaget mengetahui ada e-mail balasan dari orang lain yang isinya membuatnya emosi.

Feng lantas meraih gunting dan menyerbu sang suami yang sedang tidur di kamar mereka. Alat kelamin sang suami pun dipotong. Fan kemudian dibawa ke rumah sakit, dan organ vitalnya itu dijahit kembali.

Aksi itu teryata belum meredakan emosi Feng. Wanita itu ternyata nekat menyelinap ke kamar rumah sakit, tempat suaminya dirawat. Di tempat itulah, dia memotong kemaluan suaminya untuk yang kedua kali.

Parahnya, kali ini wanita itu membuang potongan organ vital suaminya keluar jendela kamar rumah sakit. Seorang juru bicara rumah sakit mengkonfirmasi insiden itu.

”Yang pertama kami menyadari apa yang terjadi adalah ketika seseorang datang ke ruang tunggu, untuk mengatakan seorang pria telanjang memukuli seorang wanita di luar rumah sakit,” bunyi pernyataan rumah sakit.

”Staf bergegas keluar untuk melihat apa yang terjadi dan menemukan pasien dengan darah mengalir di kakinya memukul seorang wanita.”

”Aksi itu berhenti dan korban mendapatkan pengobatan. Tapi, kemudian kami menemukan dia memotong organ vital milik korban lagi,” lanjut pernyataan rumah sakit, seperti dikutip Mirror, Selasa (13/1/2015).

Dokter dan polisi menyisir area luar kamar rumah sakit, tempat korban dirawat. Tapi mereka gagal menemukan potongan organ vital pria itu. Baik dokter maupun polisi menduga, potongan organ vital milik korban telah diambil anjing liar atau mungkin kucing.

“Orang itu (korban) telah kehilangan banyak darah dan dibawa untuk operasi darurat. Dia sekarang dalam kondisi stabil tetapi sangat emosional,” imbuh pernyataan rumah sakit. Sang istri kini ditahan polisi.

Meski kehilangan organ vitalnya, pria itu masih dijenguk wanita selingkuhannya di rumah sakit. Wanita itu bahkan bersedia menikah dengan korban. “Tidak peduli bahwa dia kehilangan kesuburan, ia sudah memiliki anak,” ujar pacar korban.

5 beradik gembira berkongsi suami !

5 beradik gembira berkongsi suami.Seorang suami kepada 5isteri ini mendedahkan semalam bahawa dia mempunyai 5 isteri dan bahagia bersama 5beradik tersebut .




Friday, 20 November 2015

Sunday, 15 November 2015

Dato’ Aliff Syukri Dirompak ?Apa yang terjadi sampai buat laporan POLIS ?

Dikatakan bahawa pengasas terlajak laris Dato Alif Syukri telah dirompak di rumahnya pada awal petang tadi ..justeru itu beliau membuat laporan polis tentang kejadian yang menimpa beliau !





Kisah dari Pengasas Terlajak Laris !
Terlajakkk Laris… Pernahkah anda mendengarnya di mana-mana?
Menggunakan tagline ‘Terlajak Laris’ sebagai salah satu strategi pemasaran, beliau memang boleh dianggap benar-benar berjaya. Tagline yang mudah dan ringkas itu seakan-akan menjadi satu fenomena yang kini meniti di bibir segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia. Siapakah gerangan pencetus fenomena itu? Beliau ialah jutawan muda, Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman. Anak ketiga kepada pengasas Sendayu Tinggi itu mengakui menerajui perniagaan yang didominasi wanita bukan satu perjalanan mudah. Masalah dari segi modal dan kesukaran mencari kepercayaan daripada orang lain kadangkala melemahkan semangat beliau. Namun, mengingatkan asal-usul dan kesusahan yang dihadapi sejak kecil, menjadikan beliau untuk terus kuat berniaga. Kesusahan itu menjadikan beliau mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengalaman itu beliau jadikan didikan untuk menerajui syarikatnya kini.
Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Melihatkan di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah.
Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Habis zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.
Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau serius berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha dan kesungguhan paling penting. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.
Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja. Namun kini, syarikat itu sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 15 orang pekerja serta telah menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd.
Menggunakan selebriti terkenal seperti Bienda dan Watie Elite sebagai jurucakap produknya, menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan juga Brunei. Istimewanya lagi mengenai produk beliau adalah bahan-bahannya 100 peratus berasaskan herba dan juga murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran. Produk D’ Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu, dan pusat jualan D’ Herbs sendiri.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mempunyai misi yang jelas dalam hidupnya. Menjadikan empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras, beliau berharap dapat mengembangkan jenama D’ Herbs sebagai satu jenama global. Di samping itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang bagi memberi lebih pilihan kepada para pengguna.

Saturday, 14 November 2015

Majlis Perkahwinan Baddrol Bakhtiar Dan Nur Izyan






Gambar Majlis Perkahwinan Baddrol Bakhtiar Dan Nur Izyan. Siapa tidak kenal dengan pemain bahagian tengah Kedah dan Malaysia ini. Beliau telah pun selamat menjadi seorang suami apabila diijabkabulkan dengan seorang guru Nur Izyan pada 13 November 2015.
Bad dan Nur Izyan, sah sebagai suami isteri selepas diijab kabul dalam satu majlis di kediaman pengantin perempuan di Taman Peruda Utama, Sungai Petani.
Menurut Bad, isterinya Nur Izyan yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa kurang meminati bola sepak, namun tetap mengharapkan perkahwinan itu akan memberi semangat untuknya meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.
Majlis persandingan akan diadakan pada 14.11.2015 di kediaman isterinya, manakala kenduri di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 22 November di Taman Desa Indah.
Tahniah dari kami buat baddrol dan isteri, semoga ikatan ini kekal hingga akhir hayat.

Taniah buat Pelakon terkenal ini ! Shaheizy Sam dikatakan bagal berkhawin pada hujung bulan ini !







PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam menafikan dia sedang melakukan persiapan kahwin  termasuk merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat seperti diperkatakan segelintir pihak.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 33, berkata, buat masa ini dia terlalu sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai masa untuk melakukan sebarang aktiviti luar dari bidang seni.

"Demi Allah saya tiada buat sebarang persiapan untuk berkahwin sekarang ini, itulah yang saya selalu cakap kepada peminat, kalau nak baca cerita saya di blog-blog boleh tetapi kalau nak percaya sila bertanya saya dahulu.

"Saya tidak pernah salahkan mana-mana pihak yang buka cerita itu kerana mungkin mereka mahu saya berkahwin segera. Namun, kalau benar sudah ada tarikh nak berkahwin nanti saya akan beritahu," ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Polis Evo di Hard Rock Cafe, di sini, Isnin.

Shaheizy diminta mengulas tentang khabar angin dia bakal menamatkan zaman bujangnya dan kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. 
Sementara itu, ditanya tentang wanita yang sering dikaitkan dengannya iaitu pelakon Syatilla Melvin, dia berkata wanita tersebut hanyalah sekadar teman rapat.

"Saya ada dengar orang bercakap bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin tapi tak tahulah. Kalau bercakap tentang kesediaan saya, saya sudah dua tahun saya bersedia.

"Setakat ini hubungan saya dan dia sama seperti kawan-kawan perempuan lain seperti saya berkawan dengan Fazura, Yana Samsudin dan bekas kekasih saya Puteri Najwa. Syatilla boleh disifatkan sebagai kawan rapat tapi bukan istimewa buat masa ini," ujarnya.

Dalam pada itu Sam turut berkata, dia sudah menyerahkan soal keputusan untuk berumah tangga kepada ibunya Khaty Fauziah kerana dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal tersebut kerana terlalu sibuk dengan kerja.

"Saya ini terlalu sibuk dan banyak aktiviti, saya tidak boleh fokus untuk fikir soal kahwin. Apa yang saya fikir sekarang ialah untuk cari duit untuk ibu saya sahaja.

"Jadi saya serahkan soal jodoh pada ibu saya dan biar dia yang buat keputusan untuk kahwinkan saya dengan siapa sahaja dan bila-bila masa yang dia rasakan sesuai," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang lakonannya dalam filem Polis Evo, Sam yang memeggang watak sebagai Khai berkata, dia terpaksa membuat bentuk badan sasa bagi menjayakan karakter sebagai seorang anggota polis.

Tindakan tersebut sebagai tanggungjawabnya  seorang pelakon seperti mana yang dilakukan oleh pelakon-pelakon di Hollywood.

"Saya buat bentuk badan agar nampak benar-benar seperti seorang anggota polis dan bagi saya ia adalah perkara biasa yang dilakukan pelakon-pelakon di Hollywood.

"Mereka sanggup untuk mengubah keadaan fizikal untuk sesuatu watak itu, saya lakukan ini kerana saya rasa ia sesuatu yang penting," ujarnya.

Selain itu, Sam berkata, dia berbanga apabila berpeluang membawakan watak sebagai anggota polis dan merasai apa yang pernah dilalui oleh Allahyarham bapanya iaitu bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Abdul Samad Jaaman.

Filem Polis Evo turut dibintangi oleh Zizan Razak, Nora Danish dan Publo Amirul dan bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 17 September depan.

Rumah M.Nasir di pecah masuk oleh penyamun ?! Apa yang dah jadi !





Nak Tau sebab apa rumah anda dipecah masuk ?

Ini adalah sebab2nya !

1. Menyorokkan kunci pendua. Pencuri kini lebih arif mengenai lokasi-lokasi yang mungkin digunakan oleh tuan rumah seperti di dalam kasut, di bawah alas kaki, di dalam kotak surat dan lain-lain lagi. Sebalikkan anda perlu memberikan kunci pendua kepada jiran atau saudara-mara terdekat yang dipercayai.

2. Memaklumkan di dalam laman sosial mengenai percutian keluarga. Ini adalah satu perbuatan yang kurang bijak. Ini kerana di dalam laman sosial, ramai yang dapat membaca status anda. Mereka akan menggunakan maklumat ini untuk merancang jenayah pecah rumah terhadap anda.

3. Membuang kotak perkakasan elektrik di luar pagar. Perbuatan ini seolah-olah memberitahu orang ramai "Oii.... aku ada tv baru!". Ramai yang berbuat begini, tak tahu la samada nak menunjuk atau malas. Sebaiknya anda koyakkan kotak tersebut dan ikat bersama secara terbalik. Ini bagi mengelakkan orang melihat kotak apakah itu.

4. Meletakkan tangga mudah alih di luar rumah. Pencuri boleh menggunakan tangga ini untuk memanjat atap rumah anda di mana ianya adalah tempat yang paling mudah dipecah masuk. Simpan tangga anda di dalam rumah ataupun stor yang berkunci.

5. Membiarkan rumah anda gelap-gelita. Rumah yang tidak mempunyai pencahayaan luar yang cukup menjadi sasaran kegemaran pencuri. Ini kerana mereka boleh melakukan 'kerja' mereka tanpa dilihat orang jiran tetangga. Ganti mana-mana mentol yang telah terbakar dan terangilah rumah anda dengan lampu-lampu. Jangan kedekut kerana ianya mungkin boleh menyelamatkan rumah anda.

6. Terlalu banyak pokok-pokok yang tinggi/lebat. Rumah yang terlalu banyak pokok-pokok yang tinggi/lebat membolehkan pencuri menyembunyikan diri di celah pokok-pokok tersebut. Seeloknya tanam pokok-pokok pasu ataupun trim pokok-pokok yang ditanam supaya tidak menjadi terlalu tebal.

7. Pintu dan tingkap tanpa ciri-ciri keselamatan. Kebanyakan rumah mempunyai jeriji besi (grill) di tingkap-tingkap dan pintu-pintu. Tetapi yang tidak menggunakan jeriji besi, adalah dinasihatkan anda memasang kunci tambahan di tingkap dan pintu luncur. Ini kerana tingkap dan pintu luncur ini amat mudah sekali untuk dibuka dari luar. Anda boleh memasang sendiri kunci ini dengan mudah dan ianya tidak menelan kos yang tinggi.

8. Membiarkan stor anda tidak berkunci. Jika anda mempunyai stor di luar rumah, pastikan anda mengunci stor tersebut kerana di dalam stor anda mungkin menyimpan alat-alat yang boleh digunakan oleh pencuri untuk memecah masuk ataupun digunakan sebagai senjata. Kuncilah stor anda sebaiknya.

9. Tiada sistem pengera rumah. Jika anda mampu, anda disarankan menggunakan pengera yang akan berbunyi jika rumah anda dipecah masuk. Ini akan menyebabkan pencuri itu lari kerana panik ataupun memberi amaran kepada jiran-jiran anda.

10. Terlalu mengharap kepada anjing peliharaan. Jika anda membela anjing peliharaan, adalah disarankan anda tidak terlalu bergantung kepada anjing peliharaan untuk menakutkan pencuri. Ini kerana sudah banyak kes di mana anjing diberi makanan yang mengandungi racun. Anjing juga akan berasa takut jika pencuri mempunyai senjata.

Ini adalah antara sebab-sebab utama rumah anda menjadi sasaran pencuri. Diharap maklumat ini dapat membantu anda dalam pencegahan jenayah pecah rumah. Polis tidak semestinya akan sampai ke rumah anda dalam masa yang pantas. Ini kerana polis mungkin sukar mencari rumah anda ataupun jarak balai polis yang jauh dengan rumah anda. Anda juga dinasihatkan supaya berbaik-baiklah dengan jiran anda. Mereka dapat membantu jika apa-apa jenayah berlaku kepada anda dan keluarga anda. Prihatinlah kepada keselamatan rumah anda supaya anda dan orang tersayang selamat dari apa-apa ancaman jenayah.

Thursday, 12 November 2015

Sebab kenapa Wayne Rooney Tampar Bintang WWE kini terjawap ! Oh baru tau Sebabnya .



“Saya boleh bawa awak masuk gelanggang supaya kita boleh

lawan seperti lelaki. Tapi saya saja tak mahu kerana saya tak mahu anak awak tengok ayahnya gagal di depan matanya sendiri.”

Begitulah kutukan bintang WWE, King Wade Barrett terhadap salah satu penonton WWE Monday Night Raw yang juga merupakan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.
“Terima sajalah kenyataan. Anak awak selalu tengok ayahnya gagal setiap kali awak masuk ke padang bola!” sambung King Barrett lagi.
Mendengar kutukan tersebut, Rooney bangun daripada kerusinya dan mengajak Barrett turun dari gelanggang untuk bergaduh.
Barrett menyahut cabaran Rooney dan terus mengutuk penyerang United tersebut. Secara tiba-tiba, Rooney mengangkat tangan dan menampar bintang WWE tersebut sehingga jatuh ke lantai.

Seperti aksi gusti WWE yang lain, aksi tampar ini sudah pastilah hanya lakonan sahaja. Rooney hadir ke WWE Monday Night Raw yang berlangsung di Manchester dengan anak sulungnya, Kai, Ryan Giggs dan Darren Fletcher.

‘Pergaduhan’ antara Barrett – yang juga penyokong tegar Preston North End – dan Rooney sebenarnya sudah bermula sejak Febuari 2015 yang lepas.
Dalam perlawanan menentang Preston dalam FA Cup, Rooney didakwa berpura-pura jatuh untuk mendapatkan penalti. Pengadil menghadiahkan penalti dan United menang 3-1.