Friday, 18 September 2015

Imam Masjid Negara Kena Penampar Lelaki Arab








SEORANG lelaki dipercayai keturunan ‘Arab’ telah menampar Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim semasa rakaat pertama solat Jumaat sebentar tadi.
Akibat tindakan itu, sembahyang Jumaat terpaksa dilaksanakan semula di masjid berkenaan.
Menurut saksi, lelaki Arab berkenaan bertindak menolak Imam selepas selesai Al-Fatihah dibaca ketika rakaat pertama seolah-olah ingin menggantikan tempatnya.
Bagaimanapun apabila Imam meneruskan bacaan, lelaki tersebut menampar Imam seterusnya merampas mikrofon dan berkata “You go back!” beberapa kali sebelum dihalang pasukan keselamatan.
Saksi lain mendakwa, ketika ditahan lelaki tersebut turut berteriak dalam Bahasa Arab yang bermaksud, “Malaysia Syaitan”.
Berdasarkan video yang kini tersebar, tindakan lelaki berkenaan nyata telah mengundang kemarahan jemaah yang datang bersolat Jumaat di Masjid Negara hari ini apabila ramai yang memarahi dan cuba menamparnya ketika dia dibawa keluar oleh pihak berkuasa.
Dapat didengar, ada yang berteriak kepada lelaki ‘Arab’ berkenaan “kurang ajar!”,“orang tengah sembahyang” dan “tangkap dia”.

WAJIB BACA ! Khas untuk wanita zaman sekarang ! kesianlah kaum lelaki .



Sunday, 13 September 2015

Lisa dan Suami ,marah peminat supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih !



Jarang melihat lisa marah kecuali dalam drama / filem ,namun baru2 ini ada satu kes yang membuat lisa marah ..terdapat pihak yang tidak bertanggungjawap telah memalsukan account dan menggunakan nama beliau untuk perniagaan tertentu ..


Uqasha Senrose nafi bermesra dengan Iqram Dinzly dalam kapal terbang


Menurut Uqasha (tengah), mustahil untuk dia dan Iqram melakukan sesuatu yang tidak elok ketika berada di tempat awam.






PESERTA program Super Spontan All-Star, Uqasha Senrose menafikan bahawa dia dan pelakon, Iqram Dinzly berada dalam keadaan yang cukup intim dan mesra di dalam sebuah kapal terbang, baru-baru ini.
Malah, Uqasha menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah satu fitnah semata-mata.
Laporan menerusi segmen MeleTOP Selasa lalu ada memetik bahawa pasangan ini kelihatan sungguh romantis bersama.
Pasangan ini juga didakwa telah melakukan adegan-adegan yang melampaui batas ketika di dalam penerbangan tersebut.
Ketika itu, Uqasha dan Iqram dilaporkan dalam penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu majlis di bandaraya tersebut, baru-baru ini.
Kata Uqasha, mustahil untuk dia dan Iqram melakukan sesuatu yang tidak elok ketika berada di tempat awam.
Malah tambahnya, Iqram juga bukan berperangai kebudak-budakan dan aktor itu sendiri sudah lebih dewasa dalam hal ini.
Bagi Uqasha, ini satu lagi fitnah yang terpaksa dihadapinya.
Sebelum ini, nama Uqashapernah dikaitkan dengan satu gosip yang menyatakan dia telah membuka tudung untuk berhibur di kelab malam.