Monday, 31 August 2015

CARA MENGELAKKAN FB ANDA TIDAK DI HACK ATAU ORANG POST YANG BUKAN2 .






HARAP DAPAT MEMBANTU ANDA SMUA ~~!!

Kerana Super Spontan All Stars saya tak boleh tidur - Nana Mahazan


Jelas Nana, dia sangat mengagumi ahli kumpulannya Uqasha Senrose yang berjaya membuktikan dia juga mampu untuk bersaing hebat - Foto Astro Gempak
KUALA LUMPUR: Penangan program Super Spontan All Stars kali ini telah menyebabkan salah seorang ahli kumpulan #KungfuKipidap Nana Mahazan mengakui tidak tenang dan susah untuk melelapkan mata kerana terlalu takut.

Menurut Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, dia mempunyai alasan yang kukuh mengapa menawarkan diri untuk disingkirkan pada episod pertama minggu lalu.

“Saya rasa seperti tak layak untuk saya kekal di atas pentas Super Spontan All Stars kerana mereka semua hebat-hebat belaka. Bayangkan Uqasha Senrose sendiri dah tunjukkan dia sangat bagus sebab mampu kalahkan pelawak seperti Along Cham.

“Bayangkan saya undi nama sendiri untuk untuk disingkirkan. Bila Datuk AC Mizal nak umumkan siapa peserta yang bakal tersingkir, cepat-cepat saya tawarkan diri kerana percaya ahli kumpulan #KungfuKipidap lebih layak berada di pentas Super Spontan All Stars pada minggu hadapan.

“Rasa macam tak mahu berada di Super Spontan All Stars kerana takut dan rasa hati tak tenang setiap malam,” jawab Nana Mahazan ditemui sejurus selesai minggu pertama Super Spontan All Stars di Studio V3HD, Bukit Serdang Selangor.

Jelas Nana lagi, dia sangat mengagumi ahli kumpulannya Uqasha Senrose yang berjaya membuktikan dia juga mampu untuk bersaing hebat dengan para peserta yang lain walaupun masih terlalu baru di pentas Super Spontan All Stars.

“Uqasha Senrose berjaya buktikan dia layak untuk bermain di pentas Super Spontan All Stars kerana dia berjaya bersaing dengan para pelawak yang hebat dengan baik sekali. Saya sendiri ketawa macam nak pecah perut dan saya gembira kerana semuanya beri sokongan buat Uqasha setiap kali dia ke atas pentas,” jelas Nana.

Tambah Nana lagi, dia melihat Johan adalah peserta yang layak untuk ke pentas akhir sekaligus diumum sebagai juara Super Spontan All Stars.

“Semestinya Johan. Saya lihat dia paling layak untuk memenangi Super Spontan All Stars. Johan seorang yang cukup mahir dalam permainan spontan. Ada sahaja idea yang boleh keluar dari mulutnya. Tetapi senang cerita para peserta kali ini memang terlalu hebat.

“Tetapi pilihan saya tetap Johan kerana dia adalah ketua pasukan kumpulan #KungfuKipidap dan saya percaya dia antara yang layak untuk berada di pentas akhir kelak,” ujar Nana lagi.
Ditanya mengenai perancangan untuk bertahan di minggu kedua Super Spontan All Stars, Nana menjelaskan dia hanya  mahu berseronok tidak terlalu serius untuk bersaing dengan para peserta yang lain.

“Saya tidak mahu terlalu serius dan hanya mahu berseronok di pentas Super Spontan All Stars sebab kebanyakan yang masuk edisi kali ini adalah mereka yang telah bersama saya di musim pertama.

“Saya masuk untuk enjoy-enjoy sahaja dan tidaklah sampai nak masuk ke pentas final. Cukup sekadar saya mencuba sehingga yang termampu,” jelas Nana mengakhiri perbualan.

AKHIRNYA NAJIB BERSUARA MAHU LETAK JAWATAN ...


Takkan Perdana Menteri kita masih tak buka mata lagi ??rakyat sudah berang ,dah terbukti ramai tidak suka cara kepimpinan Najib ..tengok la sendiri kan perhimpunan Bersih 4.0 macam mana ..







"SURAT SAYA MENYEBABKAN PAK LAH , NAJIB JADI PM "


KENAPA PULAK JADI MACAM NIE ??BARU TRY ISAP JEK ,DAH XPASAL2 MASOK HOSPITAL NI ..SEMOGA SELAMAT ~


Tindakan ke atas Dr Mahathir hanya akan keruhkan keadaan - Idris Haron



Idris berkata pada masa ini ruang perbincangan serta peluang negarawan itu 'kembali ke pangkal jalan' luas terbuka. - Gambar Fail
MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron percaya situasi politik negara akan menjadi keruh sekiranya tindakan dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.

Idris berkata pada masa ini ruang perbincangan serta peluang negarawan itu 'kembali ke pangkal jalan' luas terbuka dan khuatir tindakan itu mungkin menutup segala jalan untuk menjernihkan situasi politik di negara ini.

Beliau juga percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendorong atau mempengaruhi Tun Dr Mahathir dengan memberikan maklumat tidak tepat berasaskan emosi serta persepsi, sehingga beliau menyertai perhimpunan itu.

"Beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu di luar kebiasaan (apabila menyertai Bersih 4) yang saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab di sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mengadiri Perarakan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.

Idris berkata kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 di sekitar Bandaraya Melaka sejak Sabtu lepas.
"Mereka ingin merosakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa tema Sehati Sejiwa tidak berlaku di negara ini, saya tegaskan mereka (penganjur Bersih 4) gagal kerana kita rakyat Malaysia bersatu menyambut kemerdekaan negara hari ini dengan meriah dan gembira," katanya.


'Selagi kerajaan amal dasar kebebasan bersuara, TMJ juga ada hak' - Tun M





KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhak menyuarakan kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana baginda juga mempunyai hak kebebasan bersuara seperti rakyat kebanyakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz yang melarang Tunku Ismail campur tangan hal politik negara semalam, bekas perdana menteri itu berkata selagi kerajaan mengamalkan dasar kebebasan bersuara,  golongan diraja mempunyai hak bersuara sepertimana rakyat kebanyakan.

Tunku Ismail sebelum ini berkata rakyat tidak harus dipersalahkan atas kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau gagal menghadiri forum "Nothing2Hide" yang dijadualkan baru-baru ini.

"Itu merupakan kebebasan bersuara. Putera Mahkota mempunyai hak untuk bersuara seperti kerajaan,” kata Tun M pada sidang media selepas program bicara “Dangerous Ideas” di Publika, Kuala Lumpur semalam.



Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa Nazri meminta Tunku Ismail untuk menjauhkan daripada politik susulan status Facebook baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide. 

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan ‘whack’ (hentam secara lisan) dia.

KATA-KATA AYAH BUAT ANAKNYA YANG MEMBELI SEBUAH IPHONE 6 ..SEMOGA DI AMBIL IKHTIBAR DAN JADIKAN TELADAN.


Ada Seorang gadis membeli sebuah Iphone6.
Smartphone tersebut telah dilengkapi dengan pelindung layar dan ‘flip cover’ yang tak kalah cantiknya. Dia menunjukkan smartphone barunya tersebut ke ayahnya. 
Lalu, sebuah percakapan yang cukup menggugah pun dimulai :
.
Ayah: Wah, telepon genggam yang bagus. Berapa harga yang harus kamu bayar untuk itu ?
Anak Perempuan: Saya membayar 700 dolar untuk telepon genggam ini yah, 20 dolar untuk penutup teleponnya, serta 5 dolar untuk pelindung layarnya.
Ayah: Oh, mengapa kamu menambahkan pelindung layar dan penutup teleponnya ? Bukankah kamu dapat menghemat 25 dolar untuk hal itu?
Anak Perempuan: Ayah, saya telah menghabiskan 700 dolar untuk mendapatkan telepon genggam ini. Jadi apa alasan saya tidak mengeluarkan 25 dolar untuk keamanannya ? Dan lihatlah, penutup ini juga membuat telepon genggamku tampak lebih indah bukan?
Ayah: Bukankah itu suatu penghinaan bagi perusahaan Apple, Inc. Bahwa mereka tidak dapat membuat produk Iphone yang tidak cukup aman?
Anak Perempuan: Tidak, Ayah! Mereka bahkan menyarankan kepada penggunanya untuk menggunakan pelindung layar dan penutup telepon ini untuk keamanannya. Dan saya tidak mau terjadi sesuatu yang dapat membahayakan Iphone baru saya.
Ayah: Apakah itu tidak akan mengurangi keindahan telepon itu?
Anak Perempuan: Tidak. Itu justru membuat telepon genggam saya terlihat lebih indah.
.
Lalu, sang Ayah menatap putrinya dan tersenyum dengan rasa kasih sayang. Sang Ayahpun berkata, “Putriku, kamu tau Ayah sangat menyayangimu. Kau membayar 700 dolar untuk membeli Iphone ini, serta 25 dolar untuk melindunginya.
Aku telah membayarkan seluruh hidupku untukmu, lalu mengapa kamu tak menutup auratmu dengan hijab untuk keselamatanmu sendiri?
Telepon ini, kelak tidak akan dipertanyakan di akhirat nanti. Namun kelak aku akan ditanyai oleh Allah SWT tentangmu, putriku,

TERKINI : "Kisah dua orang 'Tuhan' dan seorang 'Saiton' menjadi viral ~~"


JAKARTA: Kemunculan kes dua orang menjadi "Tuhan" dan seorang lagi menjadi "Saiton" menarik perhatian media di Indonesia sehingga dijadikan topik-topik perbincangan dalam siaran radio dan televisyen tempatan.

Kes pertama ialah seorang lelaki di Banyuwangi, daerah Sukabumi di Jawa Barat yang bernama "Tuhan".

Tuhan, 42, seorang tukang kayu di kampung dan secara tiba-tiba menjadi popular apabila terdapat pihak yang menyebarkan kad pengenalan dan gambarnya dalam laman-laman media sosial.

Ayah kepada dua orang anak itu menyifatkan nama beliau sebagai unik dan mendakwa nama itu diberikan oleh orang tuanya atas nasihat seorang yang alim.

Isteri Tuhan, Husnul Khatimah, berkata beliau tidak pernah bertanya kenapa nama suaminya begitu dan semasa menikah tiada sesiapapun pertikaikan nama suaminya itu yang dipanggil Han.

Setelah nama Tuhan menjadi isu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) tampil memberi nasihat agar Tuhan menukarkan namanya atau sekurang-kurangnya menambahkan nama "Hamba" supaya namanya menjadi "Hamba Tuhan".

Ketua MUI Banyuwangi, Achmad Yamin berkata, adalah lebih baik nama itu diganti ataupun menambah namanya kerana manusia tidak boleh dipanggil Tuhan dan menimbulkan kontroversi.

Katanya MUI juga berharap jabatan kerajaan yang berkaitan dengan pendaftaran nama seharusnya turut menasihati masyarakat mengenai pemberian nama kepada anak-anak mereka.

Tuhan bagaimanapun enggan menukarkan namanya walau dinasihati MUI kerana menganggap ia sebagai sesuatu yang istimewa.

"Saya tidak akan mengganti nama saya, kan itu pemberian orang tua. Selain itu, jika ganti nama, maka semua dokumen juga harus ganti seperti KTP (kad pengenalan), surat nikah, ijazah, dan surat-surat lainnya," katanya.

PENGANGGUR YANG MENGANGGAP DIRINYA TUHAN

Kes kedua juga berlaku di Sukabumi. Seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Tuhan dan memperkenalkan satu ajaran sesat dengan mendera para pengikutnya secara fizikal dan mental.

Di Kampung Gunungkarang, Sukabumi itu seorang penganggur yang dikenali sebagai Indra Okta Permana, 35, atau digelar Raden berjaya mempengaruhi penduduk kampung itu untuk menyembah matahari dan mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan.

Beliau juga mengarahkan pengikutnya membakar Al-Quran, jangan bersolat dan menganjurkan majlis bertaubat dengan memukul dan memijak kepala mereka.

Bagaimanapun apabila tindakannya itu didapati melampau, penduduk akhirnya menangkap Raden dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Sukabumi Kota, Sulaeman Salim dipetik oleh media sebagai berkata, setelah disoalsiasat Raden mengaku dirinya sebagai Tuhan dengan meminta penganutnya itu untuk menyembah matahari dan tidak menjalankan ibadah solat.

Raden berasal dari Tangerang sebelum itu dikatakan berkunjung ke rumah seorang penduduk yang dikenali sebagai Agus Wahyudin dan didakwa memberi mereka meminum sejenis air.

Selepas meminum air itu, lima anggota keluarga berkenaan termasuk dua wanita terus mengikut sahaja arahan Raden sehingga menyertai upacara ritual iaitu membakar Al-Quran dan membiarkan diri dibelasah oleh lelaki terbabit.

Raden mendakwa Tuhan berada dalam jiwa manusia dan kehidupan ini tidak memerlukan sebarang kitab suci kerana ia menyesatkan manusia.
SYAITAN PULA NAMANYA

Kes ketiga pula ialah terdapat seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan yang kini hidup dalam dilema kerana namanya ialah Saiton.

Saiton, 39, adalah seorang guru dan tinggal di kawasan Perumahan Taman Mekarsari, Palembang dan beliau mengharungi hidup seperti biasa walaupun tahu namanya tidak sedap dipanggil kerana dalam sebutan bahasa Indonesia ianya bermaksud "syaitan".

Katanya, menurut keterangan ibu bapanya ketika beliau diberikan nama Saiton, kedua-dua orang tuanya tidak menyedari ia membawa maksud "syaitan" namun setelah menyedarinya mereka cuba menukarkan nama itu setelah dia berusia tiga tahun.

Beliau berkata, setelah nama itu ditukar beliau mengalami sakit yang teruk dan berdasarkan kepercayaan orang dahulu nama baharunya mungkin tidak sesuai dan disebabkan itu namanya dikekalkan sebagai Saiton.

Bersih 4: Kehadiran Dr Mahathir seolah-olah bersekongkol dengan pembangkang - Salleh


KUALA LUMPUR: Kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan haram Bersih 4 Sabtu lepas seolah-olah menunjukkan beliau bersekongkol dengan parti pembangkang yang ingin menjatuhkan pemimpin negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tindakan Dr Mahathir juga menunjukkan beliau bersama-sama menyokong demonstrasi dan perhimpunan haram itu, meskipun tidak mengakuinya.

"Saya tidak nampak apa asasnya beliau berkata tidak menyokong Bersih sedangkan beliau turun semalam. Ini satu perubahan besar daripada Tun (Dr) Mahathir kerana beliau satu ketika dulu menentang demonstrasi jalanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di sini, hari ini.

Salleh berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Bersih, Sabtu lepas.

BACA: Tindakan Tun Mahathir jadi teladan tidak baik kepada anak muda - Mustapa

BACA: Dr Mahathir bertindak di luar batasan - Hishammuddin

BACA: Tun Mahathir 'turun' Bersih 4, NGO buat laporan polis
Katanya Dr Mahathir kini dilihat sanggup bekerjasama dengan parti pembangkang dalam usaha menjatuhkan pemimpin negara dan telah mengkhianati  UMNO.

"Tindakan itu bererti beliau tidak taat dan setia lagi dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) umumnya, dan saya harap UMNO dan Barisan Nasional harus mengambil tindakan sewajarnya terhadap beliau," katanya


4 Misteri Yang Masih Gagal Di Rungkai


Memang mudah untuk manusia menjadi obses dengan misteri yang tidak pernah diselesaikan di dunia ini. Misalnya 5 misteri dibawah, semuanya masih menimbulkan tanda-tanya dan ada yang sudah berlangsung berdekad-dekad lamanya tidak kira berapa ramai pakar mengkaji kes-kes ini. Dan sehingga sekarang, ianya terus kekal diselabungi misteri.

Batu Dighton



Dighton Rock adalah sebuah batu seberat 40 tan yang ditemui di pesisiran Taunton River, Massachusetts dan dipenuhi dengan simbol purba (petroglyphs) yang membingungkan. Selama 300 tahun, manusia telah berspekulasi tentang kewujudan dan maksudnya.

Para penyiasat telah mencuba pelbagai kaedah untuk mengkaji simbol-simbol ini sejak dari koloni Inggeris pertama kali menggambarkan tentang batu tersebut pada tahun 1680 tanpa banyak kejayaan.

Pada tahun 1963, pegawai negeri mereka (State officer) telah memindahkan batu itu untuk pemeliharaan dan pemuliharaan sebagai bahan kajian yang menarik dan bersejarah.

Kebanyakan pakar, ahli akademik dan cerdik pandai menyimpulkan bahawa simbol-simbol ini berasal dari puak orang asli Amerika. Teori-teori yang lebih luarbiasa mengusulkan ia adalah hasil kerja Portugis, Cina dan orang Phoenician Purba.

Kanak-kanak Hijau



Dua orang kanak-kanak pelik telah muncul di Woolpit, Suffolk, UK, pada kurun ke 12. Adik-beradik lelaki dan perempuan tersebut memiliki kulit berwarna hijau, walaupun selain itu mereka seakan-akan normal.

Mereka juga bertutur bahasa asing yang tidak difahami dan hanya memakan bijian kacang. Lama-kelamaan kulit mereka hilang warna kehijauannya dan mereka belajar bertutur dalam bahasa Inggeris.

Mereka mengaku datang dari "Land of St Martin", di mana tempatnya gelap dan matahari tidak pernah terbit. Kononnya semasa mereka menjaga haiwan ternakan ayah mereka, mereka terdengar bunyi loceng lalu mereka mengikut sungai cahaya yang membawa mereka ke Woolpit.

Ada teori mengatakan, mereka adalah Kanak-kanak Hollow Earth atau dari Dimensi Selari (Parallel Dimension) atau mungkin juga alien!

Cicada 3301


Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, setiap Januari terdapat satu teka-teki dalam talian (online puzzle) yang sangat pelik yang dihoskan oleh seseorang atau kumpulan yang menggelarkan diri mereka "3301". Simbol mereka adalah seekor cengkerik ("Cicada").

Kesemua puzzle yang kompleks itu terdiri daripada gabungan kriptografi, matematik, sastera, mesej tersembunyi, data keselamatan dan falsafah.

Klu atau petunjuk dilaporkan bertebaran di beberapa variasi tempat di seluruh dunia termasuk Poland, Hawaii, Sepanyol, Australia dan Korea.

3301 menyatakan tujuan puzzle ini adalah untuk mencari "individu-individu intelek". Namun, tidak pula dinyatakan kenapa dan untuk apa.

Ramai yang berpendapat teka-teki atau puzzle yang seolah-olah mustahil untuk diselesaikan ini merupakan medium bagi organisasi-organisasi seperti CIA atau M16 merekrut ejen rahsia dari kalangan orang awam.

Pasangan Kembar Pollock


Pada tahun 1957, Joanna (11 tahun dan Jacqueline Pollock (6 tahun) telah terbunuh secara tragik dalam satu kemalangan kereta di Northumberland, England. Mereka adala adik-beradik. Setahun kemudian, ibu mereka melahirkan sepasang kembar, Jennifer dan Gillian. Jennifer yang lebih muda, mempunyai tanda lahir pada tempat yang sama Jacqueline miliki.

Kembar ini mula meminta barang mainan yang pernah dimiliki oleh dua orang kakak mereka yang telah meninggal dunia dan mengajak ibu mereka ke taman tempat kakak-kakak mereka pernah lawati tanpa ada sebarang pengetahuan mengenai perkara-perkara tersebut sebelum ini.

Seorang ahli psikologi yang dihormati ketika itu, Dr. Ian Stevenson, mengkaji secara mendalam kes ini dan membuat kesimpulan bahawa pasangan kembar tersebut adalah kelahiran semula Joanna dan Jacqueline Pollock.

Sunday, 30 August 2015

Misteri Tamadun Purba Yang Ditenggelamkan Ke Dasar Lautan

Manusia zaman moden sehingga ke hari ini masih tidak tahu secara terperinci bagaimana piramid di bina. Kita masih hairan apabila menemui pelbagai lukisan atau artifak yang berbentuk pesawat kapal terbang dalam gua.

Manusia moden terpegun apabila menemui bangunan-bangunan yang kukuh dan canggih yang tenggelam di dasar lautan. Malah, kita begitu hairan bagaimana manusia terdahulu memotong batu-batu yang begitu besar dan dilekatkan antara satu sama lain.

Mari kita baca dan renungkan bersama, penemuan beberapa tamadun purba yang telah ditenggelamkan di dasar lautan.





Bandar yang dikatakan hebat ini termasuk istana Cleopatra di Pulau Antirhodos dan bandar purba Rhakotis telah ditenggelami ombak laut yang besar dan gempa bumi lebih 1,200 tahun dahulu yang akhirnya menelan kaum ini beserta peradabannya sekali.


Wilayah Canopus ini terkenal sebagai lokasi pemujaan Osiris dan Serapis iaitu kuil penyembuhan dewa-dewa dan sebagainya. Ditemui oleh Putera Toussoun pada tahun 1933. Bencana besar telah melupuskan segala-galanya dan yang tinggal hanyalah runtuhan sejarah untuk kita mengambil iktibar di sebalik kejadian ini.



Dikatakan bahawa kaum ini telah diserang wabak malaria pada tahun 1500 tahun dahulu. Kebanyakan bangunan telah tenggelam di bawah air yang disebabkan oleh letusan gunung berapi dan gempa bumi.


Runtuhan dan tamadun ini ditemui pada tahun 2000 oleh sebuah pasukan penyelidikan IEASM (Institut European D'Archeologies Sous Marine). Sebelum bandar Alexandria wujud, ia merupakan sebuah pelabuhan perdagangan Egypt yang penting. Dikatakan tenggelam sekitar 8 Sebelum Masihi.



Batu pelik di bawah laut Pulau Yonaguni Jima telah ditemui oleh sekumpulan penyelam tempatan pada tahun 1986. Berusia sekitar 5000 tahun, bandar yang tenggelam akibat gempa bumi dengan batu monolithic yang sangat tersusun, piramid yang teratur, seperti suatu peradaban dan tamadun yang hebat pernah wujud sini.

Tanda-tanda kebesaranNya

Apa pun kebenarannya, tanda-tanda ini adalah bukti kekuasaan Tuhan pencipta alam sebagai pengajaran kepada kita umar akhir zaman.

Untuk renungan bersama, Allah berfirman di dalam Surah Yunus ayat 10:13 yang maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul yang membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan".

Suspek Letupan Di Dataran Merdeka, Berjaya Ditangkap


Kuala Lumpur – Bersih 4.0 dicemari dengan satu letupan kuat di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut, berhampiran air terjun buatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut saksi dua suspek lelaki yang melemparkan mercun itu dilaporkan cedera ketika ditangkap orang ramai yang berada berhampiran lokasi.







Suspek berjaya ditahan di kawasan tempat letak kereta sebelah Hotel Swiss.

Letupan yang dipercayai berpunca daripada mercun itu berlaku ketika aktivis Bersih 2.0, Hishamuddin Rais berucap, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Insiden itu telah menyebabkan berlaku sedikit kecoh namun kembali reda beberapa minit kemudian apabila pihak penganjur berjaya menenangkan suasana.

Menurut saksi itu lagi lelaki tersebut dikatakan mengucap dan beristighfar sewaktu ditahan petugas dengan air liur yang meleleh.

Petugas perubatan yang berada ditempat kejadian kemudianya memberikan rawatan perubatan kepada suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Selang beberapa minit kemudian, sebuah ambulan yang kebetulan berada di situ mula bergerak meninggalkan lokasi terbabit.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ambulan itu membawa sebarang pesakit atau mangsa letupan mercun berkenaan.

Sementara itu, The Star Online melaporkan terdapat beberapa peserta perhimpunan mengalami kecedaraan ringan akibat terkena mercun yang dilemparkan ke arah mereka. 


MACAM-MACAM CARA DORANG NI BEKAP PM ,HAHA DAPAT DERMA JUGAK KE APE ?HAISHHHH ~~!!!



Sebelum ni, apabila laporan berita Wall Street Journal yang dianggap sekelompok rakyat Malaysia, adalah akhbar kafir, akhbar yahudi, akhbar yang mahu menjatuhkan kerajaan, akhbar yang mahu menjadikan negara Malaysia kacau bilau, bla…..bla…..bla….di mana WSJ mendakwa :
  • Ada duit masuk ke akaun bank Najib Razak, sepantas kilat terdengar kenyataan yang mengatakan laporan berita Wall Street Journal WSJ ini adalah fitnah, FITNAH…FITNAHHHHHH!!!!
  • Mana mungkin Perdana Menteri sedangkal itu untuk terima duit tersebut ke dalam akaun peribadinya dan macam-macam lagi kenyataan yang boleh kita semua perhatikan…
  • Sesiapa yang buat fitnah tidak masuk syurga. Sebab fitnah adalah haram. Itu kenyataan dahulu…..
  • Sekarang?? Itu wang derma RM2.6 bilion sebenarnya dan apabila sudah masuk dalam akaun peribadi tiada siapa berhak untuk persoal
    sebab derma adalah halal. Oooohh….

Laporan Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ : Respon Menteri dan Ahli Politik BN?

  • 14 Julai 2015, Husni Hanadzlah : Tuduhan tidak berasas dan tidak betul
  • 30 Julai 2015, Ahmad Maslan : Tiada wang masuk akaun Najib
  • 5 Julai 2015, Zahid Hamidi : Najib Razak perlu saman Wall Street Journal WSJ kerana ia babit maruah kepimpinan negara
  • 1 Ogos 2015, Rahman Dahlan : Mula bercakap mengenai derma kepada parti yang mana dan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti
  • 1 Ogos 2015, Azalina Othman : Mana-mana ahli politik bebas terima dana dari luar
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan beberapa kenyataan menteri disebalik kontroversi berita Najib terhadap laporan Wall Street Journal mengenai dakwaan wang masuk ke akaun banak Najib Razak sejumlah RM2.6 bilion 
TENGOK BAWAH-BAWAH NI ,MACAM-MACAM BERITA DAH KELUAR !!!










Terkini...Tindakkan Berani Zeti Aziz Kerana Enggan Layan Permintaan Rosmah..

Antara apa yang Asia Sentinel laporkan semalam ialah, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Najib.

Rosmah dikatakan marah dengan kebocoran maklumat berkenaan akaun banknya dan mengenai kemasukkan wang berjumlah RM2 Juta ke dalam akaun peribadinya.

Susulan dari kebocoran maklumat tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi akaun banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam.

Malangnya Zeti enggan melayan permintaan atau arahan Rosmah itu dan sejak dari itu Zeti dijadikan sasaran untuk disingkirkan dari jawatan Gabenor Bank Negara.

Zeti juga dikatakan akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi-transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas.

Zeti menurut Asia Sentinel akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media.

Perkara inilah yang membimbangkan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat ikut suka Najib kerana jawatan Gabenor Bank Negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh Agung sahaja..

Hari ini Rosmah melaui Peguamnya telah menafikan dakwaan Asia Sentinel itu dan meminta Editor portal tersebut, John Berthesel mengemukakan semua bukti untuk menyokong tuduhannya itu atau akan di saman.

Berikut adalah laporan penafian itu..

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Sebuah portal berita asing, Asia Sentinel, digesa membuktikan dokumen rasmi ke atas tuduhan yang dilaporkan dalam artikel terbitan mereka baru-baru ini.

Editor portal itu, John Berthesel bertanggungjawab atas penerbitan satu artikel pada 30 Julai lalu bertajuk ‘Isteri Perdana Menteri Malaysia mahu Gabenor Bank Negara dipecat’.

Beliau turut digesa untuk memohon maaf secara terbuka kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana laporan itu menjejaskan imej dan reputasi beliau.

Memetik kenyataan peguam yang mewakili Rosmah, Messrs Noorhajran Mohd Noor dalam kenyataannya hari ini berkata, John perlu meminta maaf di atas semua dakwaan dan salah lapor yang dibuatnya itu dalam masa 48 jam.

“Tuduhan dalam laporan berbentuk artikel itu sangat serius dan dari sumber yang tidak tepat.

“John boleh merujuk sendiri kepada Bank Negara Malaysia mengenai kebenaran maklumat yang ditulis dalam laporan itu,” menurut kenyataan itu.

Dalam laporan itu, Asia Sentinel melaporkan, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang boleh menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu Noorhajran berkata, John diminta menyerahkan semua dokumen dan sumber rujukan untuk dijadikan bukti dan menguatkan tuduhannya seperti yang terdapat dalam laporan yang ditulis dalam masa 48 jam.

Sekiranya John gagal berbuat demikian tindakan undang-undang dan proses pendakwaan menggunakan kanun jenayah dan sivil akan diambil ke atasnya.

Couple Pengkid’ Suka Kongsi Gambar Bahagia Disimbah Asid

DUA wanita yang mempunyai hubungan ‘istimewa’ mengalami kecederaan di muka dan sebahagian badan selepas disimbah asid oleh individu tak dikenali baru-baru ini.
Kejadian dikongsikan sendiri mangsa di akaun Instagram miliknya beserta gambar menunjukkan wajah mereka yang menerima kesan gara-gara perbuatan ini.


Menggunakan akaun ‘Niddanish’ salah seorangnya yang digelar Nid berkata, mereka tidak mempunyai musuh, tidak bergaul dan lebih suka duduk di rumah sahaja jadi mereka percaya pelakunya adalah orang yang dengki.
Nid turut berkongsi perasaan sakit dan sedih yang dialaminya gara-gara susulan insiden ini menerusi kapsyen berbunyi:
“Salam kekawan harini da masuk 5 hari aku dekat HKL. Aku takut aku sakit aku sedih tengok diri aku sekarang. Semua orang cakap muka aku lain. Setiap hari aku menatap depan cermin harus aku mengalir air mata hanya tuhan saja yang tahu apa aku rasa. Aku takut hari selasa ni aku kena operate muka sedangkan operate tangan pun aku sakit apalagi bagian muka. Kenapa takda cara lain untuk sembuh? Aku takut. Aku cakap dengan mak aku nak balik, nak muka aku mak aku cakap bersabar dan dia menagis. Ya Allah kau saja tahu betapa sakitnya kami alami tolong ringankan beban kami. Amin. Hi bie walau macam mana pun saya tetap sebelah awak.”
Nid yang sering berkongsi gambarnya dan pasangan di Instagram sejak sebelum kejadian ini lagi turut memaklumkan, kes tersebut sudah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa dan siasatan sedang dilakukan.


Bagi kami individu yang menyimbah asid kepada pasangan ini sememangnya tidak berhati perut, mesti ditangkap dan dihukum mengikut undang-undang.
Begitu pun pada masa sama, mana-mana penganut agama Islam harus sedar dan saling menyedarkan satu sama lain bahawa hubungan sesama jenis dilarang dan dilaknat Allah Taala jika dilakukan.